• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Previous Next

3D SmartMaker @ PERDA-TECH

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah menerima inisiatif daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MIMOS Berhad bagi program 3D Smart Maker, menjadikan institusi kemahiran tinggi pertama menggunakannya.  Melalui projek MOSTI Social Innovation, sebanyak RM300,000 telah disumbangkan untuk pengubahsuaian prasarana berupa sebuah makmal yang dilengkapi lima unit komputer dan lima unit pencetak 3D di PERDA-TECH.


3D Smart Maker merupakan pencetak yang menghasilkan cetakan tiga dimensi (3D), dengan mengeluarkan objek terus daripada prototaip dan lukisan reka bentuk ini boleh dibuat sendiri melalui komputer atau diimbas. 

“Dengan pengenalan teknologi terbaru dalam bidang cetakan pembuatan ini, ia telah menambahkan lagi nilai yang ada pada para pelajar lepasan PERDA-TECH, yang akhirnya menjadi pilihan utama untuk mengisi sektor pekerjaan oleh pihak industri” demikian menurut Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim ketika Majlis Pelancaran 3D Smart Maker PERDA-TECH di Bengkel Teknologi Pembuatan pada November 2016 yang lalu. 

Menurut beliau lagi, bersesuaian dengan dasar MOSTI untuk merakyatkan inovasi, kursus ini turut diperkenalkan kepada masyarakat awam termasuk golongan usahawan pembuatan produk, golongan yang terlibat di dalam teknologi pembuatan dan tenaga pengajar di dalam institusi-institusi pengajian yang lain. 

Majlis Pelancaran Program 3D Smart Maker telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS BERHAD, Datuk Abdul Wahab Abdullah dan Salha Salleh, Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.


Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive