• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Previous Next

Islamic @ PERDA-TECH

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pusat Islam merupakan satu pusat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam. Pusat Islam ini terletak di tengah-tengah kampus Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) iaitu di bawah Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar (HEP).  Pusat Islam secara rasminya ditubuhkan pada 14 Ogos 2015 bersamaan dengan 29 Syawwal 1436H dan dirasmikan oleh Haji Saringat Bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA. Pusat Islam PERDA-TECH juga diadakan solat jumaat dan pengisytiharan serta penguatkuasaan solat jumaat dilaksanakan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tarikh yang sama iaitu 14 Ogos 2015 bersamaan dengan 29 Syawal 1436H.

Pusat Islam PERDA-TECH adalah institusi penting yang mempunyai fungsi yang sangat luas berperanan sebagai pusat kegiatan ibadat, pusat kegiatan dakwah dan ilmu, pusat pentadbiran, pusat kegiatan sosial dan juga berperanan membangunkan modal insan dan memacu ummah amnya serta staf dan pelajar PERDA-TECH khususnya ke tahap kecemerlangan di dunia dan akhirat.


VISI   : Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pembangunan Syiar Islam seiring dengan perkembangan teknologi

 

MISI   : Menjadi peneraju dalam pembangunan ummah berteraskan nilai-nilai Islam melalui teknologi inovatif demi menjana insan berkualiti

 

OBJEKTIF :

  • Menjadi pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu
  • Menjadi pusat rujukan dan khidmat kepakaran dalam hal ehwal Islam seiring dengan perkembangan teknologi
  • Menjadi pusat pembangunan sosial melalui usaha perpaduan dan aktiviti kemasyarakatan
  • Menjadi peneraju dalam bidang pendidikan dan dakwah bagi melahirkan generasi yang berkualiti
  • Mempertingkatkan perkhidmatan dan perhubungan masyarakat

 


Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive