• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Maklumat (ICT)

Diploma Computer Technology (DCT)

Maklumat Program

Pengenalan
Struktur Program Diploma Computer Technology (DCT) ini memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta pengurusan dalam bidang Sistem Komputer. Ia memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam sistem teknologi komputer, dan penyelenggaraan sistem komputer dan sistem rangkaian.

Pelajar dilatih untuk merekabentuk dan membangunkan projek yang berkaitan dengan pentadbiran sistem operasi, pengurusan storan, sandaran dan sistem sokongan maklumat, prosedur operasi standard dan pengemaskinian teknologi. Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini seperti konfigurasi aplikasi mudah alih (telefon dan tablet), kawalan keselamatan, sistem rangkaian dan pengurusan. Pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan sistem rangkaian berdasarkan dengan modul-modul dalam program CISCO.
 
OBJEKTIF
  • Berpengetahuan dan mahir di dalam bidang komputer
  • Mahir dalam pengurusan pemasangan, baik pulih dan penyelenggaraan sistem komputer
  • Mahir dalam merancang dan mengendalikan struktur pelanggan dan pelayan dalam sistem komputer dalam merangkumi aspek konfigurasi pelayan, pengurusan rangkaian dan kawalan keselamatan sistem komputer
  • Berpengetahuan dalam perancangan, menyelia, dan menguruskan kerja-kerja dalam bidang sistem komputer dan sistem rangkaian
  • Mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan sifat kepimpinan dan bekerja dalam berpasukan dengan ciri-ciri baik dalam persekitaran industri
 
TEMPOH PENGAJIAN
  •  2 Tahun 6 Bulan (termasuk latihan industri selama 6 bulan)
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus SATU (1) mata pelajaran berikut (salah satu) :
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains/Teknikal/Vokasional
 
PENGANUGERAHAN
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
 
PROSPEK KERJAYA
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik Rangkaian Komputer
  • Computer Specialist
  • System Administrator Assistant
  • IT Sales Professional
  • IT Executive
  • IT Helpdesk
  • Server Admin
  • Junior IT Programmer
  • Computer Networking Engineer (Junior Executive)
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive