• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Maklumat (ICT)

Diploma Filem & Animasi

Maklumat Program

Pengenalan
Diploma Filem & Animasi menawarkan kursus dan kemahiran berkaitan proses produksi dimana pelajar diberi pendedahan hands on (praktikal) dilapangan. Pelajar dinilai berdasarkan penilaian berterusan (PB) dan peperiksaaan akhir (PA). Di akhir pembelajaran, pelajar berpeluang mengisi keperluan sebagai tenaga kerja kepada industri filem dan animasi.
 
MATLAMAT PROGRAM
Pada akhir kursus ini pelajar dapat menguasai kemahiran di dalam produksi filem dan animasi disamping dapat menambah pengetahuan menggunakan peralatan-peralatan dan  menguasai proses-proses pembikinan sesebuah produksi dengan menggunakan kursus yang berorientasikan produksi kreatif sebagai panduan. Menjadi sebuah institusi pengajian teknikal yang terungul berteraskan kemahiran dan menyediakan kemahiran tenikal yang berkualiti menepati kehendak pasaran melalui penyampaian program yang cemerlang berlandaskan nilai-nilai murni dan etika.
 
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
  • Graduan menggunakan pengetahuan prosedur berasaskan multimedia dan teknologi dalam bidang produksi filem dan animasi
  • Graduan menunjukkan kemampuan menyuarakan dan merekodkan aliran kerja dan proses
  • Graduan memiliki kemahiran menyelesaikan masalah dengan autonomi sederhana
  • Graduan melakukan pelbagai tugas berkaitan produksi kreatif secara meluas
  • Graduan boleh melaksanakan arahan dengan minimal
  • Mengaplikasi kemahiran dan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan akademik dan pembangunan kerjaya
  • Berkomunikasi secara efektif dengan rakan sekerja, pelanggan, pegawai atasan dan masyarakat
  • Menunjukkan kemahiran kerja berkumpulan, interpersonal, keusahawanan dan sosial
  • Menunjukkan tahap profesionalisme sejajar dengan prinsip sosial, etika dan perundangan
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 3 Tahun (6 Semester) termasuk 6 Bulan Latihan Industri
 
SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Pendidikan Seni
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
ATAU 
Sijil Rekabentuk Multimedia PERDA-TECH dengan CGPA 2.0 minimum;

ATAU
Sijil Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya, dengan CGPA 2.0 minimum

PENGANUGERAHAN
  • Diploma Filem & Animasi
 
PROSPEK KERJAYA
  • Juruadun Bunyi
  • Juru Sinematografi
  • Krew Jabatan Seni
  • Operator Kamera
  • Petugas / Penata Cahaya
  • Penganimasi (Animator)
  • Artis Render (Render Artist)
  • Artis Papan Cerita (Storyboard Artist)
  • Artis Kesan Visual (VFX Artist / Compositor)
  • Penolong Pengarah
  • Penolong Pengarah Seni
  • Penolong Penulis Skrip
  • Penolong Pereka Grafik
  • Penolong Pereka Animasi
  • Penolong Penyunting Audio
  • Penolong Penyunting Editor
  • Penolong Pengarah Fotografi
  • Penolong Pengurus Penerbitan
  • Penolong Pereka bentuk Produksi
  • Penolong Pengarah Animasi (Animation Director)
  • Penolong Pereka Pemodel Karektor (Character Modeller)
  • Penolong Penyunting Bunyi / Pasca Bunyi / Pereka bentuk bunyi
  • Pembantu Pereka 3 Dimensi (Visualisasi Senibina, Visualisasi Perubatan,  Visualisasi Automotif)
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive