• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Kimpalan

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Maklumat Program

Pengenalan
Program yang ditawarkan ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek teknologi kimpalan tertinggi yang di perlukan di industri petroleum dan perkapalan negara ini. Pelajar akan didedahkan dengan perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya.

Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

MATLAMAT PROGRAM
Program ini direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor kimpalan yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan. Melahirkan usahawan yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi. Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
 
TEMPOH PENGAJIAN
1 tahun 3 bulan termasuk Latihan Industri 3 bulan

SYARAT KEMASUKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Kimpalan Tahap 3 (H-023-3/H-024-3/H-200-3)
 
DAN KEUTAMAAN KEPADA :
  • Lulusan Peringkat Sijil Teknologi  Kimpalan di PERDA-TECH
 
PENGANUGERAHAN
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

PROSPEK KERJAYA
  •  Pembantu Jurutera Kimpalan
  •  Juruteknik Dalam Loji Minyak Dan Gas
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive