• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Automotif

Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif)

Maklumat Program

Pengenalan
Program ini ditawarkan bertujuan untuk menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya.  Selain itu graduan juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti hybrid dan commanrail system

Graduan juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DKM Tahap 4 mengikut Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).  Antara subjek yang ditawarkan dalam program ini ialah Automotive Advance Technology, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Stor dan Kawalan Kualiti.  Setelah tamatpengajian, graduan dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.
 

OBJEKTIF
  • Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengurusan automotif dan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup;
  • Untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengaplikasi kemahiran penyeliaan, perancangan dan penyelenggaraan automotif yang bersesuaian dengan keperluan industri;
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 1 tahun 5 bulan termasuk Latihan Industri selama 3 bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang automotif. Kod kemahiran: (TP-300-3 / TP-300-3:2013 / TP-307-3:2012 / TP-308-3:2016 / TP-306-3:2012 / TP-110-3 / TP-311-3:2013 / TP-100-3:2013 / TP-600-3:2013)
  • Tidak rabun warna
 
Dan Keutamaan Kepada :
Lulusan peringkat Sijil Teknologi Automotif di PERDA-TECH
 
PENGANUGERAHAN
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
 
PROSPEK KERJAYA
  • Penolong Jurutera Automotif
  • Eksekutif Jualan Automotif
  • Penasihat Servis Automotif
  • Usahawan Syarikat Automotif
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive