• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Pembuatan

Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk

Maklumat Program

Pengenalan
Matlamat program adalah menyediakan graduan yang mempunya pengetahuan teknikal dan kemahiran guna tangan/skil praktik dan teknologi kejuruteraan rekabentuk produk serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan industri mekanikal, pembuatan dan rekabentuk industri.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan berketrampilan teknikal dalam bidang teknologi kejuruteraan rekabentuk produk selaras dengan kehendak industri
  • Untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepemimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi
  • Untuk membolehkan pelajar mahir dalam menyelesaikan masalah bidang teknologi kejuruteraan rekabentuk produk secara inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang mapan
  • Untuk mewujudkan pelajar yang berkemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya
 
HASIL PEMBELAJARAN
  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains, kejuruteraan dan prinsip pengkhususan reka bentuk produk terhadap prosedur dan amalan teknologi kejuruteraan dengan jelas
  • Menganalisis masalah kejuruteraan dalam disiplin reka bentuk produk
  • Mengemukakan penyelesaian terhadap masalah teknikal teknologi kejuruteraan rekabentuk produk
  • Membantu dalam merangka sistem, komponen atau proses reka bentuk produk untuk keperluan tertentu
  • Menjalankan kajian terhadap masalah teknologi kejuruteraan rekabentuk produk
  • Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan / perisian / instrumen kejuruteraan dan sebagainya, yang sesuai terhadap aktiviti kejuruteraan rekabentuk produk dengan menyedari kekangan yang wujud
  • Menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan dalam teknologi kejuruteraan reka bentuk produk
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum
  • Berfungsi secara berkesan dalam pasukan teknikal yang pelbagai
  • Mempamer pemahaman tentang etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan
  • Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman terhadap impak amalan kejuruteraan dengan mengambil kira keperluan pembangunan lestari
  • Mengiktiraf keperluan pembangunan profesional dan terlibat dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 3 Tahun Termasuk Latihan Industri Selama 6 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian termasuk dalam mata pelajaran berikut :
  • Matematik dan
  • SATU (1) Mata Pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
 
ATAU
 
  1. Memiliki (STPM) atau setaraf, dengan
  2. Lulus Matematik
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Lulus SATU (1) mata pelajaran sains/teknikal/vokasional pada peringkat SPM
 
ATAU
 
Sijil Teknologi Kejuruteraan PERDA-TECH yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum;
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Acuan)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 
ATAU

Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum;
 
PENGANUGERAHAN
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk
 
PROSPEK KERJAYA
Graduan berpeluang menyertai kerjaya dalam bidang :
  • Rekabentuk Produk & Pembuatan
  • Rekabentuk Produk
  • Perundingan Perindustrian rekabentuk produk
  • Pembantu Jurutera Rekabentuk
  • Penyelidikan dan Pembangunan Produk.
  • Juruteknik Pereka bentuk
  • Drafter
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive