• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Pembuatan

 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)

Maklumat Program

Pengenalan
Program ini menawarkan latihan berdasarkan teori dan amali dalam bidang teknologi pemesinan. Setelah tamat pengajian, pelajar berkebolehan melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin cnc seperti pengaturcaraan, mengendalikan mesin konvesional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai dengan ketepatan tinggi. Disamping itu, pelajar-pelajar juga berkemampuan untuk menggunakan sistem 3D CAD/CAM/CAE/CAT untuk kerja-kerja rekabentuk, analisa dan pembuatan.
 
OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk memberi pengetahuan teori dan amali dalam bidang kejuruteraan pembuatan terutama dalam bidang pemesinan
  • Untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang pemesinan yang berkualiti di peringkat nasional dan global
  • Untuk membina kecekapan belajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis supaya mampu menangani pelbagai cabaran perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu
  • Untuk memupuk sikap dan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada pembentukan masyarakat yang beragama, penyayang, berdisiplin, berdaya saing dan memiliki ciri-ciri kepimpinan
 
HASIL PEMBELAJARAN
  • Berupaya mendapatkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan pembuatan terutama dalam bidang pemesinan
  • Berupaya mengaplikasi teknik, kemahiran dan peralatan terkini (mesin CNC) yang digunakan dalam bidang pemesinan
  • Berupaya memberi maklumbalas dan mengadaptasi kepada perubahan mengikut situasi semasa
  • Berketerampilan, disiplin dan beretika dalam mengendalikan kerja terutama dalam bidang pemesinan
  • Dapat berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • Boleh berfungsi secara berkesan sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mencapai matlamat dan objektif
  • Berfikiran positif dan berupaya mengenengahkan kemampuan diri
  • Menyediakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 3 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Matematik dan mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
 
PENGANUGERAHAN
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 
PROSPEK KERJAYA
  • Pengaturcara CNC(CNC Programmer)
  • Rekabentuk CAD/CAM
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Perekabentuk
  • Sistem Pembuatan Automatik
  • Juruteknik Penyelenggaraan
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive