• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Pembuatan

Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Acuan)

Maklumat Program

Pengenalan
Program ini menawarkan latihan berdasarkan teori dan amali dalam bidang rekabentuk acuan seiring dengan permintaan industri pembuatan kini. Setelah tamat pengajian, pelajar berkebolehan melakukan kerja-kerja yang melibatkan mereka bentuk produk dengan menggunakan perisian seperti autocad, Creo Parametric, Mastercam dan lain-lain lagi.

Disamping itu juga, pelajar juga di dedahkan dengan asas penggunaan mesin seperti mesin larik, mesin kisar, mesin stamping dan mesin Injection Moulding.
 
OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk memberi pengetahuan teori dan amali dalam bidang kejuruteraan pembuatan terutama dalam bidang Rekabentuk Acuan
  • Untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang pemesinan yang berkualiti di peringkat nasional dan global
  • Untuk membina kecekapan belajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis supaya mampu menangani pelbagai cabaran perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu
  • Untuk memupuk sikap dan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada pembentukan masyarakat yang beragama, penyayang, berdisiplin, berdaya saing dan memiliki ciri-ciri kepimpinan
 
HASIL PEMBELAJARAN
  • Berupaya mendapatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan Rekabentuk Acuan
  • Berupaya mengaplikasi teknik, kemahiran dan peralatan terkini yang digunakan dalam bidang pemesinan
  • Berupaya memberi maklumbalas dan mengadaptasi kepada perubahan mengikut situasi
  • Berketerampilan dalam bidang berkaitan Rekabentuk Acuan
  • Dapat berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • Boleh berfungsi secara berkesan sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mencapai matlamat dan objektif
  • Berfikiran positif dan berupaya mengenengahkan kemampuan diri
  • Menyediakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 3 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Matematik dan mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
 
PENGANUGERAHAN
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan dan Acuan)
 
PROSPEK KERJAYA
  • Pengaturcara CNC (CNC Programmer)
  • Rekabentuk CAD/CAM
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Perekabentuk
  • Sistem Pembuatan Automatik
  • Juruteknik Penyelenggaraan
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive