• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Pembuatan

Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)

Maklumat Program

Pengenalan
Struktur kurikulum bidang Kejuruteraan Pembuatan Rekabentuk Produk dibangunkan agar ianya dapat mewujudkan keseimbangan antara bidang pengkhususan teknikal dan juga pengurusan industri. 

Keseluruhan kursus teras yang ditawarkan mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek dalam industri pembuatan khususnya kepada penghasilan rekabentuk produk yang setanding dengan produk-produk berjenama terkemuka di dunia dan juga pendedahan kepada teknologi pembuatan.

Modul yang dibangunkan merangkumi aspek Rekabentuk Industri, Lukisan Kejuruteraan, CAD/CAM, Solid Modeling, Advance Solid Modeling, Rapid Prototyping dan lain-lain.
 
OBJEKTIF PROGRAM 
  • Untuk memberi pengetahuan teori dan amali dalam bidang kejuruteraan pembuatan terutama dalam bidang Rekabentuk Produk
  • Untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang pemesinan yang berkualiti di peringkat nasional dan global
  • Untuk membina kecekapan belajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis supaya mampu menangani pelbagai cabaran perkembangan teknologi serta mengamalkan budaya ilmu
  • Untuk memupuk sikap dan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada pembentukan masyarakat yang beragama, penyayang, berdisiplin, berdaya saing dan memiliki ciri-ciri kepimpinan

HASIL PEMBELAJARAN 
  • Berupaya mendapatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan Rekabentuk Produk
  • Berupaya mengaplikasi teknik, kemahiran dan peralatan terkini yang digunakan dalam bidang Rekabentuk Produk
  • Berupaya memberi maklumbalas dan mengadaptasi kepada perubahan mengikut situasi
  • Berketerampilan dalam bidang berkaitan Rekabentuk Produk
  • Dapat berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • Boleh berfungsi secara berkesan sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mencapai matlamat dan objektif
  • Berfikiran positif dan berupaya mengenengahkan kemampuan diri
  • Menyediakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 3 Bulan

SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Matematik dan mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
 
PENGANUGERAHAN
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 
PROSPEK KERJAYA
  • Pembantu Jurutera Rekabentuk
  • Juruteknik Rekabentuk
  • Draftsman
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive