• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senireka Fesyen

Sijil Senireka Fesyen

Maklumat Program

Pengenalan
Program Sijil Senireka Fesyen ditawarkan adalah untuk membangunkan kemahiran merekabentuk pakaian, pembuatan pola pakaian dan menjahit pakaian.  Selain daripada 3 perkara utama tersebut, pelajar juga akan di dedahkan dengan kemahiran sulaman (embroidery), melukis ilustrasi fesyen (fashion illustration), sejarah pakaian dunia (history of costume) dan merekabentuk secara berkomputer (fashion CAD).

Program Sijil Senireka Fesyen ini bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran kreatif asas, kemahiran teknikal dan keusahawanan untuk diamalkan dalam bidang ini secara berkesan dalam menyokong industri kreatif dan meyasar ke arah pembelajaran sepanjang hayat.


OBJEKTIF PROGRAM
  • Memberi pengetahuan teori dan amali dalam bidang Senireka Fesyen
  • Melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang rekaan dan juga jahitan
  • Membina kecekapan belajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis supaya mampu menangani pelbagai cabaran serta mengamalkan budaya ilmu
  • Memupuk sikap dan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada pembentukan masyarakat yang beragama, penyayang, berdisplin, berdaya saing dan memiliki ciri-ciri kepimpinan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir program ini, pelajar harus berupaya:-
  • Menunjukkan kefahaman asas pengetahuan, kemahiran dan penghayatan dalam bidang Senireka Fesyen;
  • Menunjukkan kemampuan mengendalikan tugasan berdasarkan arahan;
  • Manggunakan alat, media dan teknik asas dalam penyelesaian masalah;
  • Menggunakan ilmu keusahawanan yang asas;
  • Menunjukkan kemahiran kerja berpasukan, antarperorangan dan sosial;
  • Mengamal peraturan dan undang-undang keselamatan, dan kesihatan;
  • Menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber
 
TEMPOH PENGAJIAN:
  • 21 Bulan termasuk Latihan Industri selama 3 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau Pendidikan Seni
 
PENGANUGERAHAN
  • Sijil Senireka Fesyen
 
PROSPEK KERJAYA:
  • Tukang Jahit
  • Pembantu Pereka Fesyen (Assistant Designer)
  • Pengusaha Butik/ Usahawan
  • Pembuat Pola (Pattern Maker)
  • Pembuat Sampel (Sample Maker)
  • Pemotong fabrik (Cutter)
  • Production Supervisor
  • Pembantu Wardrobe
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive