• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Elektrik

Sijil Teknologi Elektrik

Maklumat Program

Pengenalan
Pembelajaran dalam bidang ini menjadi permintaan pelajar untuk mengembangkan pengetahuan dan kerjaya dalam bidang elektrik dengan lebih jauh. Graduan dari jabatan teknologi elektrik mempunyai kompentensi dan kemahiran dalam semua skop pekerjaan melibatkan bidang elektrik.

 
OBJEKTIF PROGRAM

Modul yang dibangunkan membolehkan mereka berkeupayaan dalam membuat pendawaian, pengujian, pembaikan, penyelenggaraan dan mencari punca kerosakan dalam litar elektrik serta memahami akta dan peraturan elektrik (IEE).

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik, motor dan peralatan elektrik mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
 
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 24 bulan termasuk Latihan Industri selama 6 bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  •  Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Berumur tidak kurang 18 tahun
  • Tidak Rabun Warna
 
PENGANUGERHAN
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
  • Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW2) (Suruhanjaya Tenaga)

PROSPEK KERJAYA
  • Kontraktor Elektrik
  • Juruteknik Elektrik
  • Pendawai (Wireman)
 
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2020 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive