Friday, November 17, 2017
   
TEXT_SIZE

 

 

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA) 

 MELATIH PELAJAR UNTUK MENYELIA, MERANCANG DAN MENYENGGARA KERJA-KERJA DALAM BIDANG AUTOMOTIF MELIPUTI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KAWALAN KOS DAN SEBAGAINYA. SELAIN ITU PELAJAR-PELAJAR JUGA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN TEKNOLOGI-TEKNOLOGI TERBARU DALAM BIDANG AUTOMOTIF SEPERTI HYBRID DAN COMMANRAIL SYSTEM.PELAJAR JUGA PERLU MEMBUAT SATU PROJEK AKHIR YANG MERUPAKAN ELEMEN WAJIB UNTUK DITAULIAHKAN DENGAN DKM TAHAP 4 MENGIKUT PERSIJILAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK).. ANTARA SUBJEK-SUBJEK YANG TERDAPAT DALAM KURSUS INI ADALAH SEPERTI AUTOMOTIVE ADVANCE TECHNOLOGY, PEMASARAN, PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PENGURUSAN STOR, KAWALAN KUALITI DAN SEBAGAINYA. SETELAH TAMAT LATIHAN, PELAJAR DAPAT MEMAHAMI SECARA KHUSUS KESELURUHAN ELEMEN PENGURUSAN DALAM BIDANG AUTOMOTIF UNTUK DIPRAKTIKKAN DALAM KERJAYA BERKAITAN

TEMPOH PENGAJIAN
  • 1 TAHUN 5 BULAN
PROSPEK KERJAYA
  1. PENOLONG JURUTERA AUTOMOTIF
  2. EKSEKUTIF JUALAN AUTOMOTIF
  3. PENASIHAT SERVIS AUTOMOTIF
  4. USAHAWAN SYARIKAT AUTOMOTIF
PENTAULIAHAN
  1. DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) TAHAP 4 DITAULIAHKAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK);
  2. DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF DITAULIAHKAN OLEH PERDA-TECH
SYARAT KEMASUKAN
  1. MEMPUNYAI SPM/SPMV DENGAN LULUS BAHASA MELAYU DAN MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 DALAM SALAH SATU BIDANG BERIKUT:
    1. P-115-3/ P-010-3 : MOTOR VEHICLE TECHNICIAN; ATAU
    2. TP-300-3 : JURUTEKNIK KANAN KENDERAAN MOTOR; ATAU
    3. TP-300-3:2013 : AUTOMOTIVE AFTER SALES SERVICING
  2. TIDAK BUTA/BUTA WARNA/RABUN/PEKAK (TANPA ALAT BANTUAN)/BISU/CACAT FIZIKAL/ANGGOTA YANG BOLEH MENYUKARKAN KERJA-KERJA AMALI DAN SESI PEMBELAJARAN.

 

 

SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

 PROGRAM INI DIBANGUNKAN DENGAN MEMBERI PENEKANAN DALAM ASPEK TEKNIKAL DALAM PENYELENGGARAAN AUTOMOTIF. PROGRAM INI MERANGKUMI KEPERLUAN SKM TAHAP 1 HINGGA 3 DALAM JURUTEKNIK KENDERAAN BERMOTOR DENGAN MENGIKUT STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA. SILIBUS PROGRAM INI MEMFOKUSKAN KEPADA LATIHAN HANDS -ON BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI KOMPETENSI DAN BERKEYAKINAN TINGGI MELALUI PENDEKATAN YANG MENYELURUH SEBAGAI PERSEDIAAN MEMASUKII INDUSTRI AUTOMOTIF YABG SEMAKIN BERKEMBANG PESAT. DIANTARA SUBJEK YANG DITAWARKAN ADALAH ENGINE TECHNOLOGY, CHASIS SYSTEM, ADVANCED ENGINE SYSTEM YANG MERANGKUMI SISTEM TURBO DAN LAIN LAGI. PROGRAM INI JUGA DIBANGUNKAN UNTUK MELENGKAPKAN PARA GRADUAN DENGAN AKADEMIK DAN TEKNIKAL SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI MEMANDANGKAN INDUSTRI AUTOMOTIF YANG SENTIASA MEMERLUKAN GRADUAN YANG BERKEMAHIRAN TINGGI. PENDEKATAN LATIHAN SECARA TEKNIKAL KHOW - WHY DAN HANDS - ON INI DAPAT MEMBERIKAN APLIKASI SEPENUHNYA DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF . PELAJAR AKAN DITEMPATKAN DI INDUSTRI UNTUK MENDAPATKAN PENDEDAHAN KEPADA SITUASI PEKERJAAN SEBENAR. PENDEKATAN INI DAPAT MEMBINA KEYAKINAN DAN MENINGKATKAN KREDIBILITI DIRI PELAJAR.

TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI SELAMA 3 BULAN
PROSPEK KERJAYA
  • JURUTEKNIK AUTOMOTIF
  • JURUTEKNIK INDUSTRI PEMASANGAN KENDERAAN
  • MEKANIK KENDERAAN
PENTAULIAHAN
  • SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF(PERDA-TECH)
  • SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 1 HINGGA 3 (JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN)
SYARAT KEMASUKAN
  • LULUS SPM/SPMV SERTA MEMENUHI SYARAT MINIMUM BERIKUT : LULUS BAHASA MELAYU DAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM SALAH SATU SUBJEK MATEMATIK /MATEMATIK TAMBAHAN /KIMIA /BIOLOGI /SAINS TAMBAHAN /SUBJEK TEKNIKAL /SAINS /VOKASIONAL.

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan,Jabatan Perdana MenteriLembaga Kemajuan Wilayah Pulau PinangciscoKementerian Pelajaran MalaysiaJabatan Pembangunan KemahiranMIMOSTATIUCPOLITEKNIK KOTA BHARU