Friday, November 17, 2017
   
TEXT_SIZE

 

 

 

 

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

PEMBELAJARAN DALAM BIDANG INI MENJADI PERMINTAAN PELAJAR UNTUK MENGEMBANGKAN PENGETAHUAN DAN KERJAYA DALAM BIDANG ELEKTRIK YANG LEBIH JAUH. GRADUAN DARI JURUSAN SIJIL KEJURUTERAAN ELEKTRIK MEMPUNYAI KOMPENTENSI DAN KEMAHIRAN DALAM SEMUA SKOP PEKERJAAN DALAM BIDANG ELEKTRIK. MODUL YANG DIBANGUNKAN MEMBOLEHKAN MEREKA BERKEUPAYAAN DALAM MEMBUAT PENGUJIAN, PEMBAIKAN, PENYELENGGARAAN DAN MENCARI PUNCA KEROSAKAN DALAM LITAR ELEKTRIK SERTA MEMAHAMI AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK (IEE). SUBJEK YANG DITEKAN ADALAH ELEKTRIK FASA 1, FASA 3, LUKISAN LITAR ELEKTRIK, CAD,  DC SYSTEM DAN LAIN-LAIN BAGI MELENGKAPKAN PELAJAR-PELAJAR JURUSAN INI DENGAN KEMAHIRAN UNTUK MENEROKAI PASARAN PEKERJAAN DI INDUSTRI.

TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 BULAN TERMASUK LATIHAN INDUSTRI SELAMA 3 BULAN
PROSPEK KERJAYA
  • KONTRAKTOR ELEKTRIK
  • KONTRAKTOR AUTOMASI
  • JURUTEKNIK ELEKTRIK
PENTAULIAHAN
  • SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK(PERDA-TECH)
  • SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 1 -2 (JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN)
  • SIJIL WIREMAN PW2 (SURUHANJAYA TENAGA)
SYARAT KEMASUKAN
  • LULUS SPM/SPMV SERTA MEMENUHI SYARAT MINIMUM BERIKUT : LULUS BAHASA MELAYU DAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM SALAH SATU SUBJEK MATEMATIK /MATEMATIK TAMBAHAN /KIMIA /BIOLOGI /SAINS TAMBAHAN /SUBJEK TEKNIKAL /SAINS /VOKASIONAL.

 

 

 

PENDAWAIAN FASA TUNGGAL(PW2)

KURSUS INI MENDEDAHKAN PELAJAR TENTANG KEMAHIRAN MEMBUAT PENDAWAIAN DAN PEMASANGAN PEPASANG ELEKTRIK DARI PERINGKAT ASAS HINGGA PERTENGAHAN. PELAJAR AKAN DIAJAR CARA-CARA MENDAWAI, MEMASANG, MENGENDALI DAN MENGUJI PENDAWAIAN SATU DAN TIGA FASA ,MENCARI, MENGESAN DAN MERAWAT KEROSAKAN ALAT-ALAT ELEKTRIK SERTA MENGAWAL, MEMBAIK PULIH ALAT JANAKUASA, MOTOR DAN PERALATAN ELEKTRIK INDUSTRI MENGIKUT PIAWAIAN SURUHANJAYA TENAGA(ST)

TEMPOH PENGAJIAN
  • 6 BULAN
PROSPEK KERJAYA
  • KONTRAKTOR ELEKTRIK
  • JURUTEKNIK ELEKTRIK
  • PENDAWAIAN ELEKTRIK
PENTAULIAHAN
  • SIJIL PENDAWAIANFASA TUNGGAL (PW2) SURUHANJAYA TENAGA
  • SIJIL KOMPETEN SURUHANJAYA TENAGA
SYARAT KEMASUKAN
  • MEMPUNYAI BUKU LOG YANG LENGKAP BERKAITAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK BAGI TEMPOH 2 TAHUN PENGALAMAN YANG TELAH DISAHKAN OLEH ORANG KOMPETEN DAN MAJIKAN DARI KONTRAKTOR ELEKTRIK YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA TENAGA(ST)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan,Jabatan Perdana MenteriLembaga Kemajuan Wilayah Pulau PinangciscoKementerian Pelajaran MalaysiaJabatan Pembangunan KemahiranMIMOSTATIUCPOLITEKNIK KOTA BHARU