Wednesday, September 02, 2015
   
TEXT_SIZE

Institut Kemahiran Tinggi PERDA

Taklimat bersama Industri

  17 Jun- Taklimat bersama industri yang di adakan bertempat di bangunan Federal Malaysian Manufacturer (FMM) bagi memperkenalkan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di hadiri hampir dua puluh buah syarikat yang betampak di sekitar Pulau Pinang khususnya dan bahagian Utara amnya

  Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat diantara industri dan juga PERDA-TECH. Selain itu juga, pihak PERDA-TECH behasrat untuk memasarkan graduan yang lahir dari PERDA-TECH ke industri yang mana FMM ini adalah badan yang terbaik bagi meningkatkan keboleh pasaran graduan PERDA-TECH.

  Dalam pada masa yang sama PERDA-TECH juga dapat memperkenalkan diri sebagai salah sebuah institute yang menyediakan latihan kemahiran yang mana Perdatech dapat menonjolkan kelengkapan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Ini sekaligus membuktikan bahawa PERDA-TECH serius dalam menghasilkan graduan yang mempunyai daya saing yang baik dan ianya mampu membuka mata industri dalam menarik minat mereka untuk memilih garduan PERDA-TECH sebagai pilihan utama untuk mengisi peluang pekerjaan di syarikat mereka

Selain itu taklimat ini dapat membuka peluang dan ruang untuk pelajar  PERDA-TECH yang ini menjalankan latihan industri di syarikat-syarikat yang bernaung di bawah FMM.

 

Team building PERDA-TECH

   Team Building bagi Pensyarah JSF dan JTM serta Kakitangan Pentadbiran PERDA-TECH telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2015 (Sabtu dan Ahad) yang lepas bertempat di Murni Camp, Gua Tempurung, Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Seramai 20 orang peserta telah melibatkan diri iaitu 4 orang pensyarah dari Jabatan Senireka Fesyen, 7 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan 9 orang dari kalangan kakitangan pentadbiran PERDA-TECH. Objektif untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan menambah ketahanan diri dari segi mental dan fizikal serta melahirkan pensyarah yang sihat, aktif dan berketerampilan dapat dicapai dengan jayanya melalui program yang dijalankan ini.

 

Senam Seni 1Malaysia

  Program senam seni satu Malaysia yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling telah diadakan pada 27 mei 2015 di padang kawad PERDA-TECH. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PERDA-TECH iaitu En Asri Bin Baharum adalah bertujuan mengamalkan budaya hidup sihat dengan bersenam kepada pelajar dan semua kakitangan PERDA-TECH. program tersebut di ketuai oleh En Zamzelly Shah dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.

   

Taklimat & motivasi peperiksaan

  Pada 22 Mei 2015 yang lalu telah diadakan satu Program Taklimat dan Motivasi Peperiksaan 1 untuk semua pelajar sesi Januari 2015 yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada 1 hingga 16 Jun 2015 ini. Penceramah jemputan adalah kaunselor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kulim Kedah iaitu Cikgu Harun bin Haji Yaakob.

  Taklimat ini telah diadakan di Dewan Utama Institut Kemahiran Tinggi PERDA, PERDA-TECH. Program ini telah diselaraskan oleh Encik Nik Saifulbahri bin Mat Ali dan Puan Nurul Hidayah binti Azizan. Program yang berlangsung selama dua jam ini telah berjaya menarik minat para pelajar untuk memberi sepenuh perhatian kepada apa yang disampaikan oleh penceramah.

  Para pelajar didedahkan dengan tips-tips yang perlu dilakukan sebelum dan semasa peperiksaan termasuklah doa-doa yang boleh diamalkan. Para pelajar juga dinasihatkan supaya mendapat tidur yang cukup dan mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh.

 

Pertandingan Mereka cipta risalah & melukis poster Hari Perpustakaan

Kelab Perpustakaan PERDA-TECH sesi Januari 2015 dengan kerjasama Perpustakaan PERDA-TECH, telah mengadakan Pertandingan mereka cipta risalah (Pamphlet) dan Melukis Poster Hari Perspustakaan. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah bagi mempromosikan perpustakaan PERDA-TECH dan mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dan kakitangan PERDA-TECH.

   

Page 1 of 21

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan,Jabatan Perdana MenteriLembaga Kemajuan Wilayah Pulau PinangciscoKementerian Pelajaran MalaysiaJabatan Pembangunan KemahiranMIMOSTATIUCPOLITEKNIK KOTA BHARU