• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sejarah

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Dahulu : Pusat Latihan PERDA (PLP)

Kini : Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)

Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PERDA-TECH terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan telah mula beroperasi pada tahun 1989 yang dikenali sebagai sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP).

Pada 16 Disember 2007, Pusat Latihan PERDA telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan penyusunan semula ke atas kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai institut pengajian yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, PERDA-TECH juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Selain itu PERDA-TECH juga telah mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA) dalam bidang pengajian yang ditawarkan serta dari badan-badan profesional seperti CISCO, The Welding Institute (TWI) dan CIDB.

Selain daripada kursus diperingkat sijil, PERDA-TECH menawarkan kursus peringkat Diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Kimpalan.

PERDA-TECH juga telah mengadakan program usahasama dengan Terengganu Advanced Technical University College (TATiUC), Politeknik Kota Bharu, Kelantan dan Kolej Yayasan Sabah (KYS).

Pengambilan pelajar baru dilaksanakan pada bulan Julai setiap tahun. Tempoh pengajian selama 21 bulan bagi peringkat sijil. Pelajar-pelajar menjalani Latihan Industri selama 3 bulan di industri-industri yang berkaitan dengan bidang pengajian.

Kursus-kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH adalah seperti berikut :-

  • Sijil Teknologi Kimpalan
  • Sijil Teknologi Automotif
  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Senireka Fesyen
  • Sijil Rekabentuk Multimedia
  • Sijil Kejuruteraan Pertanian
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik
  • Certificate in Manufacturing Engineering (Product Design)
  • Certificate in Manufacturing & Engineering (Machining)
  • Certificate in Manufacturing & Engineering (Tool & Die Design)
  • Pendawaian Fasa Tunggal (PW2)
  • Diploma Kejuruteraan Kimpalan (SKM)

Pelajar–pelajar yang menamatkan pengajian di PERDA-TECH berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di lain-lain institusi pengajian atau terus melibatkan diri dalam industri sebagai pekerja separa mahir.


Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2024 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive