Teknologi Kimpalan
Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan)
Maklumat Program
Pengenalan
Program Diploma Kemahiran Malaysia Kimpalan (DKK) menawarkan kursus dan kemahiran berkaitan pengurusan teknologi Kimpalan dimana pelajar diberi pendedahan hands-on (praktikal) dilapangan, pelajar dinilai berdasarkan penilaian berterusan (PB) dan peperiksaan akhir (PA). di akhir pembelajaran pelajar berpeluang mengisi keperluan sebagai tenaga kerja kepada industri marin, sektor perkilangan dan industri minyak dan gas.
OBJEKTIF
- Menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan teknologi kimpalan yang diperlukan industri
- Menyediakan kemahiran teknikal yang berkualiti menepati kehendak pasaran
TEMPOH PENGAJIAN
- 18 bulan Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 6 Bulan
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf, dengan
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Kimpalan Tahap 3 dalam kod bidang MC-024-3/H-024-3/H-023-3/H-025-3 dan kod yang setaraf
DAN KEUTAMAAN KEPADA:
- Lulusan peringkat Sijil Teknologi Kimpalan di PERDA-TECH
PENGANUGERAHAN
- Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
- (MC-024-4:2012)
PROSPEK KERJAYA
- Pengimpal Bawah Laut
- Inspektor
- Pengimpal Paip
- Mengimpal Dan Menjalankan Kerja Inspektor Di Angkasa (Tentera yang dilatih khas)
- Welder (Terdapat pelbagai pengkhususan)
- Welding Inspector
- Welding QC C0-ordinator
- Jurukimpal Gas
- Juruteknik Kimpalan Gas
- Pemeriksa Kimpalan Kanan
- Pembantu Jurutera Kimpalan
- Juruteknik NDT/DT
- Pengajar Kimpalan
- Usahawan dalam Bidang Kimpalan