• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Seni Reka Pakaian

Sijil Seni Reka Pakaian

Maklumat Program

Pengenalan
Program Sijil Seni Reka Pakaian (CAD) ditawarkan meliputi fesyen, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Program ini dijalankan secara teori dan amali serta memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni reka dan jahitan.
 
Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan sulaman, ilustrasi fesyen,sejarah pakaian, kajian, pemerhatian dan eksperimen dalam menghasilkan pakaian. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan hasil kerja serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang tempoh pengajian. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mereka pakaian tersendiri dalam menghasilkan rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.
 
Program Sijil Seni Reka Pakaian ini juga bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran kreatif asas, kemahiran teknikal dan keusahawanan untuk diamalkan dalam bidang ini secara berkesan dalam menyokong industri kreatif dan menyasar ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
 
OBJEKTIF
PEO 1: Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang asas seni reka pakaian yang merangkumi aspek teknikal, rekaan kreatif serta menunjukkan kemahiran dalam seni pembuatan pakaian dan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup. (C dan P)
PEO 2: Berkemahiran dalam komunikasi, beretika dan berkebolehan bekerja dalam pasukan serta mampu menggunakan asas teknologi digital untuk seni reka pakaian bagi menyokong keperluan industri. (A)
PEO 3: Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya. (A)

Kursus yang ditawarkan dalam program:
Semester 1
  • Basic Pattern
  • Sample Making
  • Fundamental Fashion Design
  • Fashion Drawing I
  • IT Essentials
  • Pengajian Malaysia I
  • English Communication
Semester 2
  • Apparel Making I
  • History of Traditional Costume
  • Fashion Design I
  • Fashion Design Drawing II
  • Intermediate Pattern
  • Apparel CAD
  • Bahasa Kebangsaan / Kemahiran Interpersonal
Semester 3
  • Apparel Making II
  • Fashion Design II
  • Advance Pattern
  • Embroidery
  • Keusahawanan
  • Pengajian Islam
Semester 4
  • Latihan Industri

Pada akhir program, graduan seharusnya berupaya:
PLO 1: Menunjukkan kefahaman asas pengetahuan, kemahiran, dan penghayatan dalam bidang seni reka pakaian;(Knowledge & understanding)
PLO 2: Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan asas seni reka pakaian dalam menyelesaikan masalah; (Cognotive Skills)
PLO 3: Mengendalikan peralatan teknikal dan dan kemahiran teknikal dalam bidang seni reka pakaian;  (Practical Skills)
PLO 4: Menunjukkan kemahiran komunikasi dengan berkesan dan jelas secara lisan atau secara bertulis dan skill berpasukan dalam melaksanakan tugasan; (Interpersonal and Communication Skills)
PLO 5: Berkemampuan untuk menggunakan asas teknologi digital untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber; (Digital and Numeracy Skills)
PLO 6: Menunjukkan sikap kepimpinan, tanggungjawab dan norma amalan dalam seni reka pakaian; (Leadership, Autonomy and Responsibility)
PLO 7: Mempamerkan pengetahuan asas ilmu keusahawanan dan kebolehan pembelajaran kendiri sepanjang hayat dalam bidang seni reka pakaian; (Personal and Entrepreneurial)
PLO 8: Memiliki nilai-nilai murni, beretika, professional,sosial dan mengamalkan peraturan  serta keselamatan dalam bidang seni reka pakaian; (Ethics and Professionalism)
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 21 Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 3 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau Pendidikan Seni.
  
PENTAULIAHAN
SIJIL SENI REKA PAKAIAN

PROSPEK KERJAYA
  • Tukang Jahit
  • Pembantu Pereka Fesyen (Assistant Designer)
  • Pengusaha Butik/ Usahawan
  • Pembuat Pola (Pattern Maker)
  • Pembuat Sampel (Sample Maker)
  • Pemotong fabrik (Cutter)
  • Production Supervisor
  • Pembantu Wardrobe
 
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2023 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive