• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teknologi Pembuatan

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU

Maklumat Program

Pengenalan
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU adalah salah satu program diploma di bawah Jabatan Teknologi Pembuatan PERDA-TECH. Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi kejuruteraan pemesinan CNC (Computer Numerical Control) yang bersesuaian dengan keperluan industri serta mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi dan kualiti hidup.

Kurikulum program telah dirangka dengan teliti bagi memastikan pelajar diberi penekanan kepada latihan praktikal yang komprehensif selain memperoleh ilmu secara teori. Kurikulum yang memfokuskan kepada pemesinan berkejituan tinggi ini bertujuan menyediakan pelajar supaya berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mengendali secara hands-on  pelbagai mesin, alatan dan perkakasan berkejituan tinggi bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

Pelajar berpeluang melakukan latihan amali secara berseorangan atau berkumpulan meliputi pemesinan konvensional termasuklah Operasi Larik (Turning Operation), Operasi Kisar (Milling Operation), Operasi Canai (Grinding Operation Which Includes Surface And Cylindrical Grinding), membuat kerja-kerja gegasan dan sebagainya. Seterusnya pelajar didedahkan kepada pemesinan berkejituan tinggi bermula dengan asas dan aplikasi Pemprograman CNC (CNC Programming), Teknologi Pemesinan NC dan CNC (Up To 5-Axis CNC Technology), perisian dan aplikasi CAD/CAM (Computer-Aided Design And Computer-Aided Manufacturing), Mesin EDM (Electrical Discharge Machine Including Wire-Cut & Die Sinking) dan penyelenggaraan mesin-mesin yang terlibat.
 
OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi kejuruteraan pemesinan CNC serta berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan teknologi semasa
  • Untuk melahirkan modal insan yang mampu berkomunikasi secara berkesan dan menyumbang secara efektif dalam kerja berpasukan
  • Untuk melahirkan modal insan yang melaksanakan tugas secara beretika dan bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti dan Negara
  • Untuk melahirkan modal insan yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan dan berkemampuan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat bagi pembangunan kerjaya
 
HASIL PEMBELAJARAN
  • Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains, kejuruteraan dan prinsip pengkhususan pemesinan CNC terhadap prosedur dan amalan kejuruteraan praktik dengan jelas
  • Menganalisis masalah kejuruteraan dalam disiplin pemesinan CNC
  • Mengemukakan penyelesaian terhadap masalah teknikal teknologi kejuruteraan pemesinan CNC
  • Membantu dalam merangka sistem, komponen atau proses pemesinan CNC untuk keperluan tertentu
  • Menjalankan kajian terhadap masalah teknologi kejuruteraan pemesinan CNC
  • Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan / perisian / instrumen kejuruteraan dan sebagainya, yang sesuai terhadap aktiviti teknologi kejuruteraan pemesinan CNC dengan menyedari kekangan yang wujud
  • Menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan dalam teknologi kejuruteraan pemesinan CNC
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum
  • Berfungsi secara berkesan dalam pasukan teknikal yang pelbagai
  • Mempamer pemahaman tentang etika profesional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan
  • Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan
  • Menunjukkan pemahaman terhadap impak amalan kejuruteraan dengan mengambil kira keperluan pembangunan lestari
  • Mengiktiraf keperluan pembangunan profesional dan terlibat dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 3 Tahun Termasuk Latihan Industri Selama 6 Bulan
 
SYARAT KEMASUKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian termasuk dalam mata pelajaran berikut :
  • Matematik dan
  • SATU (1) Mata Pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional

ATAU
  1. Memiliki (STPM) atau setaraf, dengan
  2. Lulus Matematik
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Lulus SATU (1) mata pelajaran sains/teknikal/vokasional pada peringkat SPM

ATAU
Sijil Teknologi Kejuruteraan PERDA-TECH yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Acuan)
  • Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)

ATAU
Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan
yang diiktiraf atau setaraf, dengan CGPA 2.0 minimum
 
PENGANUGERAHAN
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU
 
PROSPEK KERJAYA
Industri / Sektor   : Awam dan Swasta Dalam Bidang CAD/CAM, QC/QA, R&D
Kerjaya / Jawatan :
  • Penolong Jurutera
  • Pengajar Teknikal Dan Vokasional
  • Juruteknik; Juruteknik Pengeluaran, Juruteknik Servis  Dan Penyelenggaraan, Juruteknik CAD/CAM, Juruteknik Kawalan Kualiti, Juruteknik R&D.
  • Jurumesin (CNC Machinist)
  • Pengaturcara CAM (CAM Programmer )
  • Eksekutif Pengeluaran (Production Executive)
  • Eksekutif Kawalan Kualiti (Quality Assurance Executive)
  • Technical Sales Executive
  • R&D Personnel
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2024 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive