Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik
Maklumat Program
Pengenalan
Pembelajaran dalam bidang ini menjadi permintaan pelajar untuk mengembangkan pengetahuan dan kerjaya dalam bidang elektrik dengan lebih jauh. Graduan dari jabatan teknologi elektrik mempunyai kompentensi dan kemahiran dalam semua skop pekerjaan melibatkan bidang elektrik.
OBJEKTIF PROGRAM
Modul yang dibangunkan membolehkan mereka berkeupayaan dalam membuat pendawaian, pengujian, pembaikan, penyelenggaraan dan mencari punca kerosakan dalam litar elektrik serta memahami akta dan peraturan elektrik (IEE).
Modul yang dibangunkan membolehkan mereka berkeupayaan dalam membuat pendawaian, pengujian, pembaikan, penyelenggaraan dan mencari punca kerosakan dalam litar elektrik serta memahami akta dan peraturan elektrik (IEE).
Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik, motor dan peralatan elektrik mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
TEMPOH PENGAJIAN
- 24 bulan termasuk Latihan Industri selama 6 bulan
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf, dengan
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Berumur tidak kurang 18 tahun
- Tidak Rabun Warna
PENGANUGERHAN
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
- Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW2) (Suruhanjaya Tenaga)
PROSPEK KERJAYA
- Kontraktor Elektrik
- Juruteknik Elektrik
- Pendawai (Wireman)