• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kejuruteraan Mekanikal

 Sijil Kejuruteraan Mekanikal

Maklumat Program

Pengenalan
Program Pengajian Sijil Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk untuk menerapkan pembelajaran secara praktikal dan teori tentang daya,kuasa,mesin,bahan,tenaga dan sesuatu yang melibatkan banyak kerja-kerja praktikal yang mencabar dan memberi pengalaman terbaik.
 
Modul yang dipelajari memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang boleh digunakan dalam pelbagai industri termasuk menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
 
Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad ke dua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pelajar yang mengikuti kursus ini berpeluang menjalani latihan praktikal dalam bidang pemesinan,kimpalan, pengaturcaraan komputer, proses pembuatan, CNC dan pengujian bahan. Di samping menekankan bahawa kejuruteraan mekanikal adalah satu bidang yang praktik, kursus ini juga bertujuan melatih pelajar supaya dapat berinteraksi dengan teknologi baru.
 
Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat untuk mendapat pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan.
 
 
OBJEKTIF
  • Berpengetahuan dan berkemahiran serta berkebolehan mengenalpasti masalah dalam bidang asas kejuruteraan mekanikal dan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup
  • Berkemahiran dalam komunikasi, beretika dan berkebolehan bekerja dalam pasukan bagi menyokong aktiviti operasi dan penyelengaraan dalam konteks industry.
  • Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang Berjaya.
 
TEMPOH PENGAJIAN
  • 2 Tahun (termasuk latihan industri selama 3 bulan)
 
SYARAT KEMASUKAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya SATU (1) kredit dalam mana-mana pelajaran DAN lulus Matematik.
 
PENGANUGERAHAN
  • Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 
PROSPEK KERJAYA
  • Pembantu Penolong Jurutera Mekanikal
  • Penolong Juruteknik
  • Pembantu Pengajar Teknikal
  • Pembantu Penolong Pengurus Penyelenggaraan
  • Penolong Eksekutif Jualan Teknikal
  • Penolong Eksekutif Kualiti
  • Penolong Project Coordinator
  • Pembantu Penyelia
Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2024 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive