Teknologi Automotif
Sijil Teknologi Automotif
Maklumat Program
Pengenalan
Struktur kurikulum Sijil Teknologi Automotif dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri automotif.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri automotif yang semakin berkembang pesat. Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Engine Technology, Chassis System, Advanced Engine System serta subjek umum seperti Mathematic, English, Physic, Islamic Studies dan lain-lain.

OBJEKTIF
- Untuk membentuk graduan yang fleksibel, berpengetahuan, berkemahiran dan bermotivasi untuk pembangunan kerjaya;
- Untuk membangun pelbagai kemahiran dan teknik, kualiti diri dan personaliti yang memenuhi keperluan kerjaya;
- Untuk melahirkan graduan yang berdaya saing menerusi kombinasi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kemahiran ini;
- Untuk melahirkan graduan yang mampu bekerjasama dalam arena yang berbeza dengan mencapai matlamat yang sama; dan
- Untuk melahirkan graduan yang bertanggungjawab, taat kepada tuhan, masyarakat dan negara
HASIL PEMBELAJARAN
- Berupaya mendapatkan pengetahuan dalam bidang teknologi automotif;
- Berupaya mengaplikasikan teknik, kemahiran dan peralatan terkini yang digunakan;
- Berupaya memberi maklum balas dan mengadaptasi kepada perubahan mengikut situasi;
- Berketerampilan dalam bidang teknologi automotif;
- Dapat berkomunikasi dengan yakin dan berkesan;
- Boleh berfungsi secara berkesan sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mencapai matlamat dan objektif;
- Berfikiran positif dan berupaya menonjol kemampuan diri; dan
- Untuk menyediakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan
TEMPOH PENGAJIAN
- 21 Bulan Termasuk Latihan Industri Selama 3 Bulan
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf, dengan
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut :
2. Matematik Tambahan
3. Kimia
4. Biologi
5. Sains Tambahan
6. Sains/Teknikal/Vokasional
- Tidak rabun warna
PENGANUGERAHAN
- Certificate in Automotive Technology
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3
PROSPEK KERJAYA
-
Juruteknik Automotif
-
Juruteknik Industri Pemasangan Kenderaan
-
Mekanik Kenderaan