• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PEMAKLUMAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15

konvoinfo.jpg

TARIKH PENTING KONVOKESYEN

Sukacita dimaklumkan, Majlis Konvokesyen PERDA-TECH Kali Ke-15 akan diadakan pada 26 November 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Manakala, Sesi Raptai Konvokesyen bersama graduan akan diadakan pada 25 November 2026 (Rabu).

SENARAI GRADUAN

Majlis konvokesyen yang diadakan ini hanya melibatkan graduan yang telah menamatkan pengajian pada sesi Januari 2025, Julai 2025 dan Januari 2026.

Senarai nama pelajar yang layak menghadiri majlis konvokesyen ini adalah seperti berikut:-

PENGESAHAN & SALURAN INFO

Sehubungan itu, semua graduan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen PERDA-TECH bermula pada 2 November 2026 (Isnin) hingga 22 November 2026 (Ahad) melalui pautan berikut:-


Semua graduan diwajibkan menyertai Kumpulan WhatsApp Graduan Konvokesyen PERDA-TECH bagi memastikan setiap hebahan, makluman dan informasi penting berkaitan majlis konvokesyen dapat disampaikan dengan teratur dan berkesan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen, sila hubungi talian utama PERDA-TECH di 04-599 1100.
 
Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2026 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive