• +604-599 1100
  • +604-593 8937
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Previous Next

Library @ PERDA-TECH

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Perpustakaan adalah sebuah pusat maklumat dan gedung ilmu yang amat penting bagi warga PERDA-TECH. Perpustakaan ini terletak di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) iaitu dibawah Seksyen Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mempunyai keluasan 4400m x 6500m seperti yang ditunjukan dalam Pelan Lantai Aras Bangunan ICT. Perpustakaan ini telah memulakan perkhidmatannya pada JUN 2008 yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan yang menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna sama ada pelajar, pensyarah dan kakitangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebuah perpustakaan akademik, perpustakaan PERDA-TECH berazam menjadi sebuah pusat ilmu dan maklumat yang bergerak maju selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.


VISI : Menjadi sebuah pusat penyebaran maklumat seiring dengan perkembangan semasa

MISI : Memenuhi keperluan pengguna untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui sumber maklumat yang berkualiti serta berteknologi terkini

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berikrar akan berusaha melaksanakan tanggungjawab :-

  • Memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan mesra dan berkesan
  • Berusaha untuk memperolehi semua jenis bahan perpustakaan yang diperlukan untuk rujukan, pembelajaran serta pengajaran
  • Memupuk budaya ilmu dikalangan pengguna
  • Bersedia menerima cadangan dan teguran dari pengguna bagi memastikan kepuasan dapat dipenuhi

 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan PERDA-TECH mempunyai peranan untuk melahirkan pelajar-pelajar berilmu dan berdaya saing. Justeru itu, Perpustakaan PERDA-TECH menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan PERDA-TECH. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :

1. Pinjaman dan Pemulangan

  • Proses Pinjaman

           1. Pelajar - 2 minggu

           2. Pensyarah - 3 bulan

           3. Kakitangan - 3 bulan

    • Kad matrik pelajar digunakan untuk peminjaman bahan-bahan rujukan. Had maksima bahan rujukan sebanyak 2 naskhah dalam satu waktu
    • Bagi kakitangan dan pensyarah, bahan rujukan yang boleh dipinjam adalah sebanyak 5 naskhah
    • Tempoh pinjaman adalah seperti berikut :

Tarikh pemulangan akan di cop di slip pemulangan yang terdapat dikulit hadapan bahan rujukan.

  • Proses Pemulangan
    • Bahan-bahan rujukan yang dipulangkan akan diperiksa terlebih dahulu bagi tujuan memastikan bahan-bahan tersebut berada dalam keadaan yang baik
    • Denda sebanyak RM1.00 sehari akan dikenakan sekiranya bahan rujukan tersebut lewat dipulangkan daripada tarikh pemulangan
    • Kehilangan bahan rujukan akan dikenakan denda mengikut harga bahan rujukan tersebut atau menggantikan buku yang sama / edisi terbaru
    • Bahan rujukan yang tiada masalah akan direkod sebagai rekod pemulangan dan bahan rujukan itu akan disusun di rak

2. Perkhidmatan Rujukan

  • Perpustakaan PERDA-TECH memberikan perkhidmatan berdasarkan analisis keperluan pelajar, pensyarah dan kakitangan PERDA-TECH. Perkhidmatan ini penting dalam membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan. Perkhidmatan berkualiti hanya boleh diberikan jika Perpustakaan PERDA-TECH peka dengan keperluan penggunanya dan perkhidmatan dibentuk selaras dengan keperluan ini
  • Perkhidmatan Kaunter turut disediakan bagi memudahkan pengguna-pengguna berurusan.

3. Perkhidmatan Fotostat

  • Perkhidmatan ini disediakan kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan
  • Pelajar dikenakan bayaran sebanyak :
    • RM0.05  bagi sehelai kertas
    • RM0.10 bagi depan dan belakang
    • RM0.10 bagi Kad Pengenalan

4. Perkhidmatan Mencetak

  • Pelajar dikenakan bayaran sebanyak : 
    • RM0.20  hitam & putih

5. Perkhidmatan Akhbar dan Majalah

  • Perpustakaan PERDA-TECH menyediakan akhbar-akhbar harian dan majalah yang dilanggan secara bulanan untuk pengguna
  • Selain itu, ruangan khas untuk bacaan akhbar dan majalah turut disediakan

6. Perkhidmatan ICT

  • Beberapa buah kemudahan ICT disediakan untuk kemudahan pencarian maklumat melalui internet
  • Kemudahan wireless

 

SISTEM PENGKELASAN

Buku-buku di Perpustakaan PERDA-TECH adalah dikelaskan dan disusun mengikut sistem Dewey Decimal Classification (DDC). Ini secara tidak langsung memudahkan proses pencarian buku kerana ianya teratur dan dilabel pada setiap rak mengikut kategori

 

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI

MASA

ISNIN  - KHAMIS

8.15 PAGI – 1.00 TGHARI

2.00 PTG – 4.45 PTG

JUMAAT

8.15 PAGI – 12.15 TGHARI

2.45 PTG – 4.45 PTG

SABTU, AHAD & CUTI UMUM

TUTUP

 

 


Hak Cipta Terpelihara © PERDA-TECH 2024 / Paparan Terbaik Resolusi 1024 x 768 @ Mobile Responsive