Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal dimana berada hampir dengan Hutan Simpan Bukit Panchor yang berkeluasan 446 hektar bersempadan dengan Negeri Kedah Dan Perak. Kawasan kampus masih mengekalkan pokok-pokok balak sedia ada dan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang bagi mengekalkan kehijauan kawasan. Pada 17 November 2017 satu majlis telah dijalankan bersama Pengarah Perhutanan Pulau Pinang yang melibatkan 500 pokok balak dan hiasan bagi tujuan tersebut.
TUJUAN :
Program ini adalah untuk memupuk generasi muda berwawasan agar dapat memahami mengenai keseimbangan dari segi pembangunan serta pemeliharaan alam sekitar secara menyeluruh.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menjadikan kawasan kampus PERDA-TECH berkonsepkan teduhan hijau
- Memupuk pelajar dan kakitangan PERDA-TECH sikap yang lebih prihatin kepada keadaan alam sekitar
- Mendidik pelajar dan kakitangan tentang jenis-jenis pokok hutan dan kaedah tanaman yang betul
AKTIVITI PERLAKSANAAN
- Kempen 1 pelajar/kakitangan 1 pokok
- Mewujudkan taman angkat yang baru di sekitar kampus PERDA-TECH
- Dijangka sebanyak 500 anak pokok perlbagai jenis seperti mempari, merawan siput jantan, kiara payung, pallas kipas dan penaga lilin akan ditanam disekitar kampus
- Melabel anak pokok agar maklumat jenis-jenis pokok dan disampikan kepada generasi muda