Memorandum Of Understanding (MOU) diantara PERODUA SALES SDN BHD dengan PERDA-TECH telah ditandatangani pada 18 Februari 2016.
OBJEKTIF :
- Membantu PERDA-TECH supaya seiring dengan keperluan industri
- Melatih tenaga pengajar PERDA-TECH dengan teknologi automotif terkini
- Menjadikan PERDA-TECH sebagai Pusat Latihan Teknikal kepada kakitangan, mekanik dan Pengedar Perodua di sebelah utara
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar PERDA-TECH selepas tamat pengajian yang kemudiannya menjadi perintis di Perodua
- Mempromosikan PERDA-TECH dan Perodua sebagai salah satu agen pembangunan pendidikan di Malaysia
BIDANG KERJASAMA :
- Latihan kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar PERDA-TECH dan bagi memastikan perancangan ini terlaksana maka pihak-pihak bersetuju untuk menyatakan tanggungjawab masing-masing di bawah Memorandum Persefahaman ini
- PERDA-TECH menyediakan tempat tinggal, bengkel pengajian dan kemudahan fasiliti untuk maksimum dua puluh lima (25) orang pelatih bagi setiap kemasukan
- PERODUA menyediakan kemudahan pengajian (training facilities) meliputi peralatan teknologi dan kenderaan
- Pembangunan dan perkongsian modul-modul baru untuk kebaikan bersama kedua-dua pihak
- Perkongsian kemudahan dan prasarana secara bersama oleh kedua-dua pihak untuk kemajuan prestasi pelajar dan kakitangan